TERMA & SYARAT

 

Berikut syarat dan terma pembelian dan pembayaran untuk menyertai perniagaan Sistem  “MISI  100K”. Sila baca dengan teliti segala syarat dan terma tersebut. Jika anda telah membuat pembayaran bererti anda telah mematuhi dan menyetujui syarat & terma yang telah ditetapkan.

 

Pembelian Dan Pembayaran MISI 100K

  • Pembayaran hendaklah dilakukan dengan jumlah harga yang tepat.
  • Setiap pembeli adalah terikat dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan pada halaman ini.
  • Pembeli haruslah memberikan butiran lengkap ketika membuat pembayaran, ini adalah sebagai rujukan kami dan untuk memudahkan proses pendaftaran dan pengurusan. Butiran yang dikirimkan adalah selamat serta terpelihara bersama kami.
  • Pembeli layak menerima Support / Bantuan berdasarkan maklumat yang telah disediakan.
  • Hak Istimewa pembeli akan terbatal sama sekali jika melanggar mana – mana syarat yang telah ditetapkan.

 

Hak Cipta Produk PERCUMA

Produk ebook percuma yang diberikan adalah hak milik terpelihara. Sebarang penyebaran secara haram (illegal) adalah dilarang sama sekali.

Produk ebook ini tidak dibenarkan dijual semula atau disebar secara percuma dalam apa jua keadaan tanpa kebenaran dari pihak penerbit.

Pembeli akan menerima setiap kemaskini ebook percuma tersebut menerusi email yang terkirim berdasarkan maklumat yang telah didaftarkan semasa pembelian.

Panduan yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pembelajaran penulis semata – mata dalam bidang berkaitan. Ia berkemungkinan TIDAK SESUAI untuk digunakan oleh sesetengah pihak.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah tepat dan lengkap selamanya. Pengarang dan penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan ebook ini, secara langsung atau tidak langsung.

 

Pembayaran Komisen

Laman web mudah tidak akan membayar sebarang komisen kepada ahli yang menyertai program MISI 100K ini. Semua komisen dan pengiraan komisen dilakukan dan dibayar oleh pihak syarikat Tone Plus.

Laman web ini hanya sebagai platform untuk memudahkan anda mencari seberapa banyak ahli atau downline dengan mudah.

Nilai yang tertera di dalam akaun anda di laman web mudah ini adalah jumlah ahli yang telah mendaftar melalui link web replika anda.

Semakin ramai ahli yang mendaftar di dalam kumpulan anda maka semakin banyak komisen yang anda akan terima.

 

Bantuan & Support

Untuk memudahkan anda menjalankan perniagaan ini, kami turut memberikan anda bantuan dan support. Anda boleh bertanya sebarang masalah dan persoalan yang timbul berkaitan dengan perniagaan ini. Sebarang persoalan boleh diajukan melalui menu HUBUNGI.

Kami akan menjawab setiap persoalan yang diberikan dengan seberapa segera. Di samping itu kita juga boleh berkongsi panduan dan pengetahuan berdasarkan perkara-perkara yang berkaitan.

 

*Terma & Syarat akan dikemaskini dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan tertentu.

ADMIN